Friday 27 April 2012

Biasanya kalau nak kenal jantina ARNAB pada masa usianya 2 bulan ke bawah lagi agak susah. Selepas 2 atau 3 bulan baru boleh nampak.


Yang ni spesies jantan (buck)


Yang ni betina (doe)

Senang cakap kalau anu tu panjang adalah jantan. Yang pendek adalah betina. Teknik untuk mengetahui jantina ni penting supaya korang nanti kalau nak beli dan nak kembangkan pembiakan ARNAB. Takkan nak beli 2 ekor jantan dengan harapan ARNAB tu akan beranak pinak kan. Haha. Tapi macam aku cakap klu usianya masih budak2 susah sikit nak kenal pasti. So, kalau nak beli untuk buat baka beli la yang dewasa sikit.

Boleh dilatih seperti kucing



LAZIMNYA apabila sebut sahaja haiwan peliharaan pasti orang akan terbayang seekor kucing Parsi yang comel untuk dijadikan teman. Kucing Parsi begitu diminati kerana faktor bulu tebalnya itu. 
Namun, pernahkah anda terfikir hari ini terdapat arnab mempunyai ciri-ciri yang sama.
Bahkan, arnab eksotik itu bukan sahaja mula menarik minat ramai disebabkan bulunya, bahkan kerana ke pintarannya.
Disebabkan itu, harga arnab eksotik berbeza dengan harga arnab biasa atau arnab daging. Harga arnab eksotik boleh mencecah ribuan ringgit mengikut jenis yang dikehendaki.
Bagi sesetengah individu, memelihara arnab di dalam rumah sebagai hobi mungkin agak janggal. Bagaimanapun, sejak tahun 2008 hobi tersebut semakin diterima ramai dan mula mendapat perhatian.
Hobi membela arnab kemudian semakin berkembang dan kerana itulah tercetus idea membawa baka-baka arnab eksotik dari luar negara untuk dipelihara.
Bermula sejak tahun 2008
Bagi jejaka kelahiran Kuala Lumpur, Che Mahdhir Che Mohamad, 21, minatnya membela arnab bukanlah baru berusia sehari dua.
Sejak kecil sebenarnya Che Mahdhir sudah memelihara arnab daging. Cuma kecintaan Che Mahdhir terhadap arnab eksotik mula bercambah kira-kira empat tahun lalu selepas membaca mengenainya di Internet dan perbualan dengan kawan-kawan.

ARNAB eksotik atau arnab hiasan biasanya memiliki ciri-ciri seperti comel, berbulu cantik, manja, tertib dan mudah dilatih.


"Ketika itu saya baru tamat belajar tingkatan lima di sebuah sekolah teknik di Kuala Lumpur. Selepas mengetahui mengenai kewujudan arnab eksotik ini saya mula mencarinya dan membeli seekor arnab tersebut untuk dijadikan teman.
"Saya mula memelihara arnab eksotik daripada jenis Holland lops dan Netherland dwarf. Buat permulaan saya bela seekor arnab kemudian dua ekor dan sehingga kini saya mempunyai 30 ekor daripada pelbagai jenis arnab eksotik," katanya yang berasal dari Gombak, Selangor itu.
Menerangkan lagi mengenai arnab peliharaannya, jenis Holland lops dan Netherland dwarf merupakan arnab yang berasal dari Belanda dan mempunyai berat badan sekitar 1.1 hingga 1.8 kilogram.
Ciri-ciri arnab Holland lops selain bersaiz agak besar, ia juga mempunyai warna bulu yang cantik. Arnab itu memiliki telinga yang jatuh ke bawah, berlainan daripada arnab-arnab lain.
"Badan arnab ini sedikit berotot, dada yang sedikit ke dalam serta berkaki pendek dan tebal. Warna yang paling banyak untuk jenis ini ialah warna coklat serta putih, hitam serta putih dan pecahan jingga.

SEKUMPULAN peminat arnab tertarik dengan kecomelan arnab eksotik jenis Holland lops yang bersaiz agak besar.


"Selain itu, arnab eksotik jenis ini memiliki mata berwarna biru dan merah delima. Mukanya bulat dan comel. Arnab Holland lops ini mempunyai sikap yang lemah-lembut sepadan dengan saiznya," kata Che Mahdhir yang kini menukarkan hobinya itu kepada perniagaan.
Disebabkan sikapnya yang lemah-lembut itu, Che Mahdhir menjelaskan, arnab tersebut sesuai dijadikan haiwan peliharaan sama ada di luar ataupun di dalam rumah.
Tetapi jika diletakkan di dalam rumah, dia menasihati supaya pemiliknya memastikan arnab terbabit tidak terjerat dengan sebarang wayar yang berselirat, tumbuhan beracun dan haiwan peliharaan lain seperti kucing disebabkan saiznya yang agak besar.
Sementara itu, jelasnya lagi, arnab Netherland dwarf pula mempunyai saiz yang kecil antara 13 hingga 18 sentimeter, berbentuk seperti guinea pig, bermuka bulat dan pendek.
Bentuk kepala serta mata seimbang dengan saiz badannya. Keadaan ini adalah disebabkan kekerdilan dalam genetik arnab jenis itu. Telinganya yang kecil dan terletak sedikit tinggi di bahagian atas kepala membuatkan ia kelihatan comel.
Istimewanya arnab Netherland dwarf, saiznya yang lebih kecil menyebabkan ia mudah dipegang dan dibawa ke mana sahaja. Ia sangat jinak, tetapi sedikit takut dengan manusia pada peringkat awal.
Biak di Malaysia
Seorang peminat arnab eksotik, Ihsan Mukhlis Mohamad, 29, pula berkata, arnab eksotik sebenarnya sukar ditemui di negara ini dan pula diimport dari luar negara.
Arnab-arnab tersebut terdiri daripada spesies seperti anggora, lion head, hotot, lion king, caroliner dan New Zealand white.

IBU arnab akan mencabut bulunya sendiri untuk dijadikan sarang ketika melahirkan anak bagi memastikan anaknya itu tidak kesejukan.


Selain itu, terdapat juga arnab daripada jenis jersey wooly, Californian, American fuzzy lop dan mini rex. Kebanyakan arnab yang terdapat di sini ialah arnab baka New Zealand, Amerika Syarikat dan Australia.
Bagaimanapun jelas Ihsan Mukhlis, sejak kebelakangan ini semakin ramai individu di negara ini memberanikan diri menjadi pembiak arnab eksotik mengikut kepakaran masing-masing.
Hasilnya, lebih banyak arnab eksotik dapat dibiakkan di Malaysia, sekali gus dijual pada harga yang lebih berpatutan berbanding arnab yang diimport dari negara asalnya.
Arnab eksotik yang dijual di pasaran tempatan boleh dibeli pada harga antara RM100 hingga RM3,600. 
"Sebelum anda jatuh cinta untuk memiliki arnab yang comel dan manja ini, anda bagaimanapun perlulah menitikberatkan beberapa perkara penting mengenai arnab.
"Arnab sebenarnya mempunyai jangka hayat lima tahun atau lebih. Ia memerlukan pemerhatian yang lebih dan tempat tinggal yang selesa atau habitat yang menepati keadaan semula jadinya," kata Ihsan Mukhlis.
Menurutnya, arnab eksotik ini beretika dan mudah dilatih seperti kucing. Daripada jadual pemakanannya sehingga kepada tempat pembuangan najis arnab tersebut dapat didik mengikut kehendak pemilik.
"Untuk pengetahuan anda, air kencing arnab sebenarnya berbau hancing dan sangat kuat. 
"Sehubungan itu anda perlu membersihkannya setiap hari. Jika tidak kemungkinan lalat akan mudah menghurung sangkar arnab anda," katanya
1. DENTAL MALOCCLUSION 

Definasi: Kerosakan gigi 

Punca-punca: 
- Suka gigit sangkar 
- Pertumbuhan abnormal 

Kesan: 
Arnab kurus sebab sukar makan

Rawatan:
- Gigi dipotong tetapi selalunya berulang (sebab gigi tu tajam pada sudut dalam atau luar gigi geraham bawah. Ini boleh menyebabkan kecederaan kepada lidah arnab, boleh jika serius boleh memotong lidah. Bagi kes gigi geraham atas ia boleh mencederakan  dalam  pipi dan menyebabkan bengkak bernanah)

- Singkir arnab bermasalah 


2. ULCERATIVE PODODERMATITIS

Deifnasi: Sakit pergelangan kaki


Punca-punca:
Akibat tekanan berat badan, lantai sangkar kasar

Rawatan:
- Alas lantai
- Biak baka sederhana berat
- Jaga kebersihan lantai
- Iodine untuk sapuan


3. HEAT EXHAUSTION

Definasi: Pengudaraan yang buruk sehingga boleh menyebabkan kematian

Pencegahan:
- Pengudaraan yang baik sewaktu dalam perjalanan, binaan bangunan dan bekalan air bersih
- Stok ternakan yang disimpan rapi agar tidak berbau


4. HAIR CHEWING DAN HAIRBALLS

Definasi: Gumpalan bulu tersekat dalam perut

Kesan:
Arnab jadi anorexia, kurus dan mati dalam 3 – 4 minggu kemudian

Rawatan:
- Cegah dengan beri makanan berfiber
- Tambah magnesium


5. CANNIBALISM

Definasi: Ibu makan anak di sarang 

Punca-punca:
Akibat gangguan @ kurang makanan 

Pencegahan: 
Singkir ibu yang bermasalah 

6. MOIST DERMATITIS

Definasi: Kulit basah ketika minum 

Punca-punca:
Mungkin kerana paip tidak sempurna, masalah gigi, sangkar kotor 

Rawatan: 
- Gunting bulu 
- Guna antiseptic powder 
- Beri antibiotik bagi kes teruk 


7. COCCIDIOSIS

Definasi: Parasit Pada Arnab

Punca-punca:
- Eimeria stiedae (hepatic)
- Eimeria magma, E. irresidua (usus)

Simptom-simptom:
- diarrhea (cirit birit). Sebab tu kena asingkan cepat arnab yang cirit birit.
- jika teruk boleh menyebabkan vomiting (muntah)
- hilang selera makan
- dehydration (penyahhidratan / hilang air dalam badan)
- biasanya terjadi kepada arnab bawah usia 6 bulan

Kesan-kesan:
- yang sembuh jadi pembawa
- Jangkitan secara oral (pencemaran). Jadi asingkan sebolehnya yang dah sembuh pun.
- Rawatan guna Coccidiostat dan disinfektan

fakta

Ini adalah fakta-fakta mengenai ARNAB dan pencapaian mereka sepanjang hidup dunia:


1. ARNAB tidak berpeluh




2. ARNAB mengimbangi suhu badannya dengan mengunakan telinga

3. ARNAB tidak dapat bertahan dalam cuaca panas, tetapi boleh bertahan dalam cuaca sejuk





4. ARNAB mempunyai 28 batang gigi






5.Terdapat 43 jenis ARNAB yang diluluskan oleh ARBA

6. ARNAB mempunyai 18 jari kaki dan kuku - 4 jari kaki belakang dan 5 jari di kaki hadapan

7. Terdapat 5 warna mata yang di luluskan oleh ARBA – Pink ( Bukan ruby atau red), Marble, Blue,Blue-Grey and Brown


8. Mana diantara berikut lahir pada tahun Arnab ? Albert Einstein, Angelina Jolie, Brad Pitt , Bob Hope – kesemua mereka lahir pada Tahun ARNAB




9. 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987 , 1999 adalah tahun arnab , tahun arnab yang berikut adalah pada tahun 2011

10. arnab boleh melompat melebihi 1 meter tinggi dan 3 meter jauh

11. Telinga arnab terpanjang dimiliki oleh American Rabbit, Nipper’s Geronimo dengan ukuran 31.125 inci panjang


12. Umur anab yang tertua direkodkan adalah 19 tahun pada masa ia mati

13. ARNAB terbesar adalah seberat 26 pounds



14. Jumlah anak yang dilahirkan oleh ARNAB paling banyak direkodkan pada tahun 1978 dan 1999 iaitu sebanyak 24 ekor

15. Terdapat 150 jenis warna ARNAB - selamat mengumpul warna adik adik

16. ARNAB dapat melihat kebelakang tanpa memusingkan kepalanya

17. ARNAB tidak dapat melihat dengan kedua dua matanya

18. ARNAB betina mempunyai 2 rahim yang berasingan , tetapi boleh menampung janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama


19. ARNAB hanya menyusukan anak sekali sehari dan ini dilakukan hanya apabila ARNAB merasa selamat untuk masuk ke dalam sarangnya.


Korang semua mesti ada anak kan. Kalau tak ada buat2 ada la yer. Walaupun anak anda masih belum bercakap tapi sebagai seorang ibu dan ayah pasti memahami kemahuan dan kehendak si kecil. Macam mana? Senang jer kan soalan ni. Tentulah sebab anak anda menangis dan sebagainya. Ini dipanggil bahasa baby.

Macam tu juga dengan ARNAB. Kadangkala mereka-mereka ini menunjukkan sifat dan pergerakan tertentu bertujuan untuk memberitahu yang mereka suka, marah, takut dll. Bagi penternak ARNAB, bahasa ARNAB sangat penting untuk difahami sebab kita kena tahu apa kehendak ARNAB ni. Jangan main ternak jer. Kat bawah ni saya kongsikan serba sedikit mengenai bahasa ARNAB.

  1. Mengerik gigi yang lembut – Bermakna ARNAB anda GEMBIRA(biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.
  1. Bunyi nafas seperti berbisik – ARNAB anda GEMBIRA
  1. Menghentak kaki belakang – ia TAKUTRASA TERANCAM,MARAH, dan mungkin juga TERLALU GEMBIRA. Biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar.
  1. Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan ARNAB andaSEDIA UNTUK MENYERANG, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja.
  1. Menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam KETAKUTAN yang teramat sangat atau KESAKITAN, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.
  1. Honking (bunyi seperti angsa) - INGINKAN PERHATIAN atauMENYAMPAH dengan kehadiran anda.
  1. Mencium anda dengan perlahan - ia MENYAMBUT KEHADIRANanda dan minta perhatian
  1. Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – TERLALU GEMBIRA
  1. Chinning (mengusap dagunya) – cara ARNAB MENANDAKAN HAKNYA, termasuk anda
  1. Menggerakan rahang seperti menguyah – dia sedang RELAX.
  1. Makan najis – jangan hairan ARNAB anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab MENGAMBIL NUTRIEN.
  1. Menaikkan punggung dan ekor – ARNAB mahu KENCING.
  1. Berlari mengelilingi anda – ia TERTARIK KEPADA ANDA, jika ARNAB anda bleum dikembiri, ini adalah cara ARNAB menyatakan anda adalah teman yang sesuai.
  1. Menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda, atau melompat keatas riba - MINTA PERHATIAN
  1. Cuba menyerang – dengan jelas dia TIDAK SUKA KEHADIRAN ANDA.
  1. Jika ia berlari kesana sini – ia MENIKMATI KEBEBASAN
  1. Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – iaINGINKAN PERHATIAN (jangan marah… gigitan ARNAB memang sakit. Tapi ARNAB tidak tahu)
  1. Jika ARNAB anda bergerak menjauhi anda – dia masih WAS-WASdengan anda dan mungkin MERAJUK. Cuba usap dahi dan telinganya dan belai.
  1. ARNAB jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda –MENANDAKAN DOMINASINYA .. anda adalah haknya
  1. Jika anda mempunyai sepasang ARNAB, dan yang jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia untuk MENGAWAN.
  1. Jika ARNAB anda terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah PERMULAAN PERGADUHAN… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera.
  1. Jika ARNABarnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia AKAN MELAHIRKAN ANAK. Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk MEMBUAT SARANG.
  1. Jika ARNAB anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. SAYA ADALAH KETUA…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.
  1. ARNAB anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian ARNAB anda mungkin sedang SAKIT.
  1. Terbalikkan bekas makanan dan minuman – BERMAIN-MAIN (ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan) atau PROTEStunjuk perasaan /MINTA PERHATIAN
  1. Perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi ARNAB yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang MENGGALI TANAH.
  1. ARNAB suka menjilat bulu ARNAB yang lain-tandanye mreka yangSENANG ANTARA SATU SAMA LAIN dan satu caraMEMBERSIHKAN BULU sesama mereka.

Thursday 26 April 2012

Teknik Penjagaan ARNAB -sesuai terutamanya kepada yang beginner)

Untuk pengetahuan korang, teknik yang paling selamat untuk menjaga ARNAB adalah korang bagi jer makan pellet yang sedia ada di pasaran, nak jimat beli satu guni. Pellet ni tahan lama, yang paling baik setakat ni dikalangan pellet komersial (bukan yg mahal²-oxbow, dr rabbit dsb).
Gold Coin(Crude Protein 17-19%), FFM (CP 17%), Cargill (CP 16%) dan Bengy (CP 15%).

Pemberian Alfalfa Hay dapat membantu penghasilan susu banyak ketika ibu didalam tempoh menyusukan anak. Jangan pisahkan anak arnab kurang drp 6 minggu, sebaik-baiknya 8 minggu. Ini kerana anak ARNAB perlu penjagaan drp ibunya dalam tempoh tersebut, di mana di dalam usia tersebut anak ARNAB memerlukan nutrisi drp susu dan tahi ibunya.Tahukah anda ARNAB berak dua kali? Tahi yang pertama (lembik/tidak keras) akan di makan semula dan kemudian di berakkan lagi sekali menjadi tahi keras yang di buang. Kandungan nutrisi di dalam tahi pertama (cecal) ini yang membantu sistem penghadaman anak ARNAB (yang masih di dalam pembikinan) menjadi sempurna sehingga umurnya cerai susu (6-8 minggu).Kandungan bakteria baik daripada sistem pencernaan dan penghadaman ibunya juga di pindahkan ke dalam sistem anak ARNAB secara tidak langsung. Jadi, jika anak ARNAB yang anda beli drpkedai binatang cirit-birit, ini adalah akibat drp pemisahan anak ARNAB tidak pada usia yang sepatutnya.